Saturday, May 31, 2008

SuBnet MAsk

subnet mask??
jadi apa yang perlu korang faham tentang ini?
sekiranya korang melihat subnet mask mungkin korang lebih kerap melihat nombor-nombor seperti ini 255.255.255.0 dan lebih kurang macam tulah.jadi apa yang aku nak cerita disini ialah teknik mudah memahami subnet mask.

jadi tekniknya ialah apabila bercerita tentang subnet mask perkara yang perlu kita bayangkan ialah mengenai jumlah pc yang terkandung didalam network korang.
maksud aku ialah LAN atau local area network atau rangkaian kawasan setempat.

so apa kaitan dia?meh aku terangkan:D

suatu hari korang nak membuat LAN dimana terdapat lebih kurang 100 buah pc dalam cyber cafe yang korang nak bangunkan.so apakah subnet mask yang sesuai bagi network korang nie?so sekiranya terdapat 100 buah pc maka camnie:


guna sifir kuasa 2

2^0=1
2^1=2
2^2=4
2^3=8
2^4=16
2^5=32
2^6=64
2^7=128


okeh cukup.sekarang korang kena pilih kuasa 2 yang hampir dengan nombor 100 tapi takleh kurang.bukan 2^6 tau tetapi 2^7 okeh:D..jadi gunakan 2^7=128 tersebut. nombor 7 tersebut yang berada ditengah-tengah tu korang jadikan sebagai benda yang akan "meng off kan" dari belakang..hehe tak fahamkan..aku dah agak dah.so sekarang aku akan terangkan apa maksud "on" dan "off" tue.kalau disebut "on" dalam binari maka ianya adalah nombor 1.dan kalau disebut "off" dalam binari ianya bermaksud 0.

okeh sekarang masuk bab binari pula..:D..begini, sebenarnya manusia akan membaca nombor menggunakan sistem "decimal"(dotted decimal) iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 atau lebih mudah disebut berdasarkan konsep "base 10".manakala komputer pula akan membaca nombor menggunakan sistem "binary"(binari) iaitu 0 dan 1 sahaja(!) ataupun mudahnya ialah berdasarkan konsep "base 2".wokeh dah faham dak?namun adakalanya komputer juga akan menggunakan "hexadecimal" bagi mewakili nilai binari.hexadecimal pula berdasarkan konsep "base 16" iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,A,B,C,D,E,F.hexadecimal juga kadangkala digelar sebagai hex.okeh cukuplah kang pening pulak korang.tutorial ini hanyalah untuk orang yang baru berjinak-jinak nak kenal dunia networking.

okeh balik semula kepada subnet mask kita.skang kita amik contoh dari jumlah 100 pc di cyber cafe kita, kita boleh jadikan subnet mask sebagai 255.255.255.128 dalam decimal.namun dalam binari nilai tersebut ialah 1111 1111.1111 1111.1111 1111.1000 0000

255.255.255.128 (decimal) = 1111 1111.1111 1111.1111 1111.1000 0000 (binari)

camni..apabila aku katakan tadi bahawa korang kena "off" kan nombor 7 dari belakang maka korang nampak tak dalam nilai binari tu nombor 0 ada sebanyak 7 kali??nampakkan so itulah maksud aku.hehe.dia 255 tu adalah sebab ~

2^1=2
2^2=4
2^3=8
2^4=16
2^5=32
2^6=64
2^7=128

_________________

ataupun 1111 1111 itu boleh diterangkan dalam bentuk ini

1 yang pertama =128
1 yang kedua =64
1 yang ketiga =32
dan seterusnyalah...


maka 128+64+32+16+8+4+2+1=255

__________________________

jadilah 255.255.255.128

__________________________

dan 128 tu ialah sebab ianya adalah 1 yang pertama dan nilainya adalah 128.



jadi sekiranya ip address korang adalah bermula 192.168.0.1 maka korang bleh gak jadikannya sebagai 192.168.0.1/25
palang tu tanda "on".korang kena tau "on" tu maksud aku 1.cuba tengok korang punya 1 tu kat subnet mask tu ada 25 kan.kirala satu-satu.Okey...
enjoy:D

No comments: