Friday, May 30, 2008

Arp Poisoning!! (SIRI 1)

salam sejahtera semua... tutorial kali ini saya akan ceritakan teori tentang address resolution protokol atau melayunye protokol resolusi alamat...

sebelum bercerita tentang arp terlebih dahulu kita mestilah mengetahui tentang ethernet... apakah yang dimaksudkan dengan ethernet... ethernet dikatakan sebagai LAN atau local area connection atau rangkaian kawasan setempat.LAN dan WAN adalah berbeza. WAN pula merupakan wide area network yang merangkumi perhubungan internet secara global contohnya negara ke negara.WAN lebih melibatkan kepada public ip address manakala LAN pula melibatkan private ip address.didalam teknologi LAN, komputer-komputer yang hendak berhubung diantara satu sama lain akan menggunakan 2 alamat iaitu MAC address dan IP address. maka kedua alamat ini akan menggunakan ethernet sebagai protokol mereka. alamat MAC adalah berfungsi agar ethernet dapat menghantar data dan mengambil data kembali dari sumber dan destinasi komputer. ethernet standardnye akan membina data frames atau seolah komponen tetingkap bagi mengisi data.ia mengandungi sekitar 1500 block byte.ip merupakan protokol yang digunakan oleh aplikasi.tak kiralah aplikasi jenis apa.ip haruslah unik supaya urusan berkomunikasi dapat dijalankan.ip merupakan virtual atau maya kerana ianya boleh ditetapkan, berlainan dengan MAC dimana MAC adalah tetap atau statik serta unik menurut vendornya atau syarikat membuatnye sejak dari dari kilang lagi.ip dan ethernet haruslah bekerjasama.kerjasama ini adalah seperti ip akan membina data yang berlainan dari ethernet dimana ethernet akan bina semula data dari ip.data dari ip ini tidak akan dapat dihantar melainkan menerusi lapisan network.dalam kes ni ethernet bertindak sebagai lapisan network.ethernet akan membahagikan data tersebut menjadi frames.kemudian frame ini akan diberi pengepala ethernet atau ethernet header. jadi untuk menghasilkan ethernet header ini ia memerlukan kepada mac address destinasi komputer.ip destinasi sudah ada tapi mac address destinasi takde.jadi disini arp memainkan peranan.

komputer tersebut kemudiannya akan menghantar arp paket iaitu secara broadcast terhadap semua komputer di LAN iaitu..."adakah ip address anda begini?jika benar maka berikan mac address anda kepada saya ye."paket yang dihantar dipanggil sebagai "arp request".setiap komputer akan cek paket ini dan jika benar maka mereka akan menghantar MAC address kepada yang meminta...to be continue....(penatla...:D)

No comments: